logo-mari-bantu

PENDANAAN AWAM DENGAN 100% TRANSPARENSI

apakah maribantu.my?

maribantu.my adalah sebuah portal Pendanaan Awam yang memberi jaminan 100% TRANSPARENSI kepada setiap penyumbang. Setiap penyumbang akan mendapat akses penuh kepada :

  1. Dokumentasi Penuh Kempen
  2. Laporan Kewangan Kempen
  3. Resit Pembelian


Kami tidak mengenakan sebarang caj untuk menjalankan kempen di portal ini,
PERCUMA SERATUS PERATUS.


Jika RM100 disumbangkan oleh penyumbang, maka RM100 akan sampai kepada penerima, jika RM10 disumbangkan, maka RM10 juga akan sampai kepada penerima

bagaimana portal ini berfungsi?

1

Pihak yang menjalankan kempen akan menghantar Kertas Kerja Kempen kepada Sekretariat maribantu, kami akan meneliti dan setelah semua kriteria dipenuhi, kami akan memuat naik kempen pihak terbabit dalam Portal maribantu

2

Kutipan sumbangan akan berjalan selama 30 hari, pihak yang menjalankan kempen akan mendapat akses kepada Dashboard Sumbangan dan Dashboard Billplz, ini bagi memastikan kedua-dua data sumbangan adalah selari,

3

Kutipan sumbangan akan diserahkan kepada pihak yang menjalankan kempen pada hari ke 31, mereka diberi masa 7 hari untuk menjalankan program mengikut Kertas Kerja yang telah dihantar.

4

Setelah 30 hari program dilaksanakan, penyumbang akan menerima Dokumentasi Penuh Kempen, Laporan Kewangan Kempen dan segala Resit Pembelian berkaitan kempen yang dijalankan.

Penyumbang dapat mengajukan sebarang soalan kepada pihak yang menjalankan kempen pada sesi Audit Awam yang akan berlangsung secara dalam atau luar talian

senarai kempen

Bantuan Banjir Ampang dan Hulu Langat

Thank you to all our donors, we have met our fundraising goal.

hantar kempen